Bersabda Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW, maknanya:“dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73
golongan, 72 di antaranya di neraka dan hanya satu yang di surga yaitu
al-Jama’ah”. (H.R. Abu Dawud)
Akal adalah syahid (saksi dan bukti)
akan kebenaran syara’. Inilah sebenarnya yang dilakukan oleh ulama tauhid atau
ulama al-kalam (teologi). Yang mereka lakukan adalah taufiq (pemaduan) antara
kebenaran syara’ dengan kebenaran akal, mengikuti jejak nabi Ibrahim -seperti
dikisahkan al-Quran- ketika membantah raja Namrud dan kaumnya, di mana beliau
menundukkan mereka dengan dalil akal. Fungsi akal dalam agama adalah sebagai
saksi bagi kebenaran syara’ bukan sebagai peletak dasar bagi agama itu sendiri.
Berbeza dengan golongan falsafah yang berbicara tentang Allah, malaikat dan
banyak hal lainnya yang hanya berdasarkan penilaian akal semata-mata. Mereka
menjadikan akal sebagai dasar agama tanpa memandang ajaran yang dibawa para
nabi dan rasul.
Tuduhan kaum Musyabbihah dan
Mujassimah iaitu kaum yang sama sekali tidak memfungsikan akal dalam agama,
terhadap Ahlussunnah Wal Jamaah sebagai ’Aqlaniyyun (kaum yang hanya
mengutamakan akal) atau sebagai kaum Mu’tazilah atau Afrakh al-Mu’tazilah (anak
bibitan kaum Mu’tazilah) dengan alasan kerana menggunakan akal sebagai salah
satu sumber utama, adalah tuduhan yang amat salah. Ini tidak ubah seperti kata
pepatah arab “Qabihul Kalam Silahulliam” (kata-kata yang jelek adalah senjata
para pengecut). Secara ringkas tetapi namun padat, kita ketengahkan pembahasan
tentang Ahlussunnah sebagai al-Firqah an-Najiyah (golongan yang selamat),
asal-usulnya, dasar-dasar ajaran dan sistemnya.
PENGENALAN DAN KRONOLOGI SEJARAH
Sejarah mencatat bahawa di kalangan
umat Islam bermula dari abad-abad permulaan (mulai dari masa khalifah sayyidina
Ali ibn Abi Thalib) sehinggalah sekarang terdapat banyak firqah (golongan)
dalam masalah aqidah yang saling bertentangan di antara satu sama lain. Ini
fakta yang tidak dapat dibantah. Bahkan dengan tegas dan jelas Rasulullah telah
menjelaskan bahawa umatnya akan berpecah menjadi 73 golongan. Semua ini sudah
tentunya dengan kehendak Allah dengan berbagai hikmah tersendiri, walaupun tidak
kita ketahui secara pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Namun Rasulullah juga telah menjelaskan jalan selamat yang harus kita ikuti dan
panuti agar tidak terjerumus dalam kesesatan. Iaitu dengan mengikuti apa yang
diyakini oleh al-Jama’ah; majoriti umat Islam. Karena Allah telah menjanjikan
kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad, bahawa umatnya tidak akan tersesat
selama mana mereka berpegang teguh kepada apa yang disepakati oleh kebanyakan
mereka. Allah tidak akan menyatukan mereka dalam kesesatan. Kesesatan akan
menimpa mereka yang menyimpang dan memisahkan diri dari keyakinan majoriti.
Majoriti umat Muhammad dari dulu
sampai sekarang adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah. Mereka adalah para sahabat dan
orang-orang yang mengikuti mereka dalam Ushul al-I’tiqad (dasar-dasar aqidah);
iaitu Ushul al-Iman al-Sittah (dasar-dasar iman yang enam) yang disabdakan
Rasulullah dalam hadith Jibril uang bermaksud : “Iman adalah engkau mempercayai
Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab- kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir
serta Qadar (ketentuan Allah); yang baik maupun buruk”. (H.R. al Bukhari dan
Muslim)
Perihal al-Jama’ah dan pengertiannya
sebagai majoriti umat Muhammad yang tidak lain adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah
tersebut dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud: “Aku
berwasiat kepada kalian untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti
orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah
mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan
jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia
(syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat
lapang di syurga hendaklah ia berpegang teguh pada (keyakinan) al-Jama’ah”.
(H.R. at-Tirmidzi; berkata hadith ini Hasan Shahih juga hadith ini dishahihkan
oleh al-Hakim).
Al-Jama’ah dalam hadith ini tidak
boleh diertikan dengan orang yang selalu melaksanakan solat dengan berjama’ah,
jama’ah masjid tertentu. Konteks pembicaraan hadith ini jelas mengisyaratkan
bahwa yang dimaksud al-Jama’ah adalah majoriti umat Muhammad dari sisi
jumlah(‘adad). Penafsiran ini diperkuatkan juga oleh hadith yang dinyatakan di
awal pembahasan. Iaitu hadith riwayat Abu Daud yang merupakan hadith Shahih
Masyhur, diriwayatkan oleh lebih dari 10 orang sahabat. Hadith ini memberi
kesaksian akan kebenaran majoriti umat Muhammad bukan kesesatan firqah-firqah
yang menyimpang. Jumlah pengikut firqah-firqah yang menyimpang ini, jika
dibandingkan dengan pengikut Ahlussunnah Wal Jama’ah sangatlah sedikit.
Seterusnya di kalangan Ahlussunnah Wal Jama’ah terdapat istilah yang
popular iaitu “ulama salaf”. Mereka adalah orang-orang yang terbaik dari
kalangan Ahlusssunnah Wal Jama’ah yang hidup pada 3 abad pertama hijriyah
sebagaimana sabda nabi yang maknanya: “Sebaik-baik abad adalah abadku kemudian
abad setelah mereka kemudian abad setelah mereka”. (H.R. Tirmidzi)
Pada masa ulama salaf ini, di
sekitar tahun 260 H, mula tercetus bid’ah Mu’tazilah, Khawarij, Musyabbihah dan
lain-lainnya dari kelompok-kelompok yang membuat fahaman atau mazhab baru.
Kemudian muncullah dua imam muktabar pembela Aqidah Ahlussunnah iaitu Imam Abu
al-Hasan al-Asy’ari (W. 324 H) dan Imam Abu Manshur al-Maturidi (W. 333 H)
–semoga Allah meridhai keduanya–menjelaskan aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah yang
diyakini para sahabat Nabi Muhammad dan orang-orang yang mengikuti mereka,
dengan mengemukakan dalil-dalil naqli (nas-nas al-Quran dan Hadith) dan
dalil-dalil aqli (argumentasi rasional) disertaikan dengan bantahan-bantahan
terhadap syubhat-syubhat (sesuatu yang dilontarkan untuk mengaburkan hal yang
sebenarnya) golongan Mu’tazilah, Musyabbihah, Khawarij dan ahli bid’ah lainnya.
Disebabkan inilah Ahlussunnah
dinisbahkan kepada keduanya. Mereka; Ahlussunnah Wal Jamaah akhirnya dikenali
dengan nama al-Asy’ariyyun (para pengikut Imam Abu al-Hasan Asy’ari) dan
al-Maturidiyyun (para pengikut Imam Abu Manshur al-Maturidi). Hal ini
menunjukkan bahawa mereka adalah satu golongan iaitu al-Jama’ah. Kerana
sebenarnya jalan yang ditempuhi oleh al-Asy’ari dan al-Maturidi dalam pokok
aqidah adalah sama dan satu. Adapun perbezaan yang terjadi di antara keduanya
hanyalah pada sebahagian masalah-masalah furu’ (cabang) aqidah. Hal tersebut
tidak menjadikan keduanya saling berhujah dan berdebat atau saling menyesatkan,
serta tidak menjadikan keduanya terlepas dari ikatan golongan yang selamat
(al-Firqah al-Najiyah). Perbezaan antara al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini
adalah seperti perselisihan yang terjadi di antara para sahabat nabi, tentang
adakah Rasulullah melihat Allah pada saat Mi’raj? Sebahagian sahabat,
seperti ‘Aisyah dan Ibn Mas’ud mengatakan bahawa Rasulullah tidak melihat
Tuhannya ketika Mi’raj. Sedangkan Abdullah ibn ‘Abbas mengatakan bahawa
Rasulullah melihat Allah dengan hatinya. Allah memberi kemampuan melihat kepada
hati Nabi Muhammad atau membuka hijab sehingga dapat melihat Allah. Namun
demikian al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini tetap bersama atau bersefahaman
dan sehaluan dalam dasar-dasar aqidah. Al-Hafiz Murtadha az-Zabidi (W. 1205 H)
mengatakan:“Jika dikatakan Ahlussunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksud adalah
al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah “. (Al-Ithaf Syarah li Ihya Ulumuddin, juz 2
hlm 6)
Maka aqidah yang sebenar dan
diyakini oleh para ulama salaf yang soleh adalah aqidah yang diyakini oleh
al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah. Kerana sebenarnya keduanya hanyalah
merumuskan serta membuat ringkasan yang mudah (method) dan menjelaskan aqidah
yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahlusssunnah
adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para
pengikut madzhab Syafi’i, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari
madzhab Hanbali (Fudhala’ al-Hanabilah).
Aqidah ini diajarkan di
pondok-pondok Ahlussunnah di negara kita Malaysia,Indonesia,Thailand dan
lain-lainnya.Dan Alhamdulillah, aqidah ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum
muslimin di seluruh dunia seperti Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama
al-Azhar), negara-negara Syam (Syria, Jordan, Lubnan dan Palestin),
Maghribi,Yaman, Iraq, Turki, Chechnya, Afghanistan dan banyak lagi di
negara-negara lainnya.
Maka wajib bagi kita untuk sentiasa
memberi penuh perhatian dan serius dalam mendalami aqidah al- Firqah al-Najiyah
yang merupakan aqidah golongan majoriti. Kerana ilmu aqidah adalah ilmu yang
paling mulia, sebab ia menjelaskan pokok atau dasar agama. Abu Hanifah
menamakan ilmu ini dengan al-Fiqh al-Akbar. Kerana mempelajari ilmu ini wajib
diutamakan dari mempelajari ilmu-ilmu lainnya. Setelah selesai atau khatam
mempelajari ilmu ini barulah disusuli dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Inilah
method yang diikuti para sahabat nabi dan ulama rabbaniyyun dari kalangan salaf
maupun khalaf dalam mempelajari agama ini. Tradisi ini telah bermula dari zaman
Rasulullah, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Umar dan Jundub, maknanya:
“Kami ketika remaja saat mendekati baligh- bersama Rasulullah mempelajari iman
(tauhid) dan belum mepelajari al-Qur’an. Kemudian kami mempelajari al-Qur’an
maka bertambahlah keimanan kami”. (H.R. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh
al-Hafidz al-Bushiri).
Ilmu aqidah juga disebut dengan ilmu
kalam. Hal ini kerana ramainya golongan yang menyalahgunakan nama Islam namun
menentang aqidah Islam yang sebenar dan banyaknya kalam (argumentasi) dari setiap
golongan untukmembela aqidah mereka yang sesat. Tidak semua ilmu kalam itu
tercela, sebagaimana dikatakan oleh golongan Musyabbihah (kelompok yang
menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya). Akan tetapi ilmu kalam terbahagi
menjadi dua bahagian ; ilmu kalam yang terpuji dan ilmukalam yang tercela. Ilmu
kalam yang kedua inilah yang menyalahi aqidah Islam kerana dikarang dan
dipelopori oleh golongan-golongan yang sesat seperti Mu’tazilah, Musyabbihah
(golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, sepeti kaum Wahabiyyah)
dan ahli bid’ah lainnya. Adapun ilmu kalam yang terpuji ialah ilmu kalam yang
dipelajari oleh Ahlussunah untuk membantah golongan yang sesat. Dikatakan
terpuji kerana pada hakikatnya ilmu kalam Ahlussunnah adalah taqrir dan
penyajian prinsip-prinsip aqidah dalam formatnya yang sistematik dan
argumentatif; dilengkapi dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Dasar-dasar ilmu
kalam ini telah wujud di kalangan para sahabat. Di antaranya, Imam Ali ibn Abi
Thalib dengan argumentasinya yang kukuh dapat mengalahkan golongan Khawarij,
Mu’tazilah dan juga dapat membantah empat puluh orang yahudi yang meyakini
bahwa Allah adalah jisim (benda). Demikian pula Abdullah ibn Abbas, Al-Hasan
ibn Ali ibn Abi Thalib dan Abdullah ibn Umar juga membantah kaum Mu’tazilah.
Sementara dari kalangan tabi’in; Imam al-Hasan al-Bashri, Imam al-Hasan ibn
Muhamad ibn al-Hanafiyyah; cucu Saidina Ali ibn Abi Thalib dan khalifah Umar
ibn Abdul Aziz juga pernah membantah kaum Mu’tazilah. Kemudian juga para imam
dari empat mazhab; Imam Syafi’i, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, dan Imam Ahmad
juga menekuni dan menguasai ilmu kalam ini. Sebagaimana dinukilkan oleh al-Imam
Abu Manshur al-Baghdadi (W 429 H) dalam kitab Ushul ad-Din, al-Hafizh Abu
al-Qasim ibn ‘Asakir (W 571 H) dalam kitab Tabyin Kadzib al Muftari, al-Imam
az-Zarkasyi (W 794 H) dalam kitab Tasynif al-Masami’ dan al ‘Allamah al
Bayyadli (W 1098 H) dalam kitab Isyarat al-Maram dan lain-lain. Allah berfirman
yang bermaksud: “Maka ketahuilah bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang
berhak disembah) kecuali Allah dan mohonlah ampun atas dosamu”. (Muhammad :19)
Ayat ini sangat jelas mengisyaratkan keutamaan ilmu ushul atau tauhid. Yaitu
dengan menyebut kalimah tauhid (la ilaha illallah) lebih dahulu dari pada
perintah untuk beristighfar yang merupakan furu’ (cabang) agama. Ketika
Rasulullah ditanya tentang sebaik-baiknya perbuatan, beliau Menjawab,maknanya:
“Iman kepada Allah dan rasul-Nya”. (H.R. Bukhari) Bahkan dalam sebuah hadits
Rasulullah mengkhususkan dirinya sebagai orang yang paling mengerti dan faham
ilmu tauhid, beliau bersabda,maknanya: “Akulah yang paling mengerti di antara
kalian tentang Allah dan paling takut kepada-Nya”. (H.R. Bukhari)
Kerana itu, sangat banyak ulama yang
menulis kitab-kitab khusus mengenai penjelasan aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah
ini. Seperti Risalah al-‘Aqidah ath-Thahawiyyah karya al-Imam as-Salafi Abu
Ja’far ath-Thahawi (W 321 H), kitab al‘Aqidah an-Nasafiyyah karangan al Imam
‘Umar an-Nasafi (W 537 H), al-‘Aqidah al-Mursyidah karangan al-Imam Fakhr
ad-Din ibn ‘Asakir (W 630 H), al ‘Aqidah ash-Shalahiyyah yang ditulis oleh
al-Imam Muhammad ibn Hibatillah al-Makki (W 599H); beliau menamakannya Hadaiq
al-Fushul wa Jawahir al Uqul, kemudian menghadiahkan karyanya ini kepada sultan
Shalahuddin al-Ayyubi (W 589 H).
Tentang risalah aqidah yang terakhir
disebutkan, sultan Shalahuddin sangat tertarik dengannya hingga beliau
memerintahkan untuk diajarkan sampai kepada anak-anak kecil di
madrasah-madrasah, yang akhirnya risalah aqidah tersebut dikenal dengan nama al
‘Aqidah ash-Shalahiyyah. Sultan Shalahuddin adalah seorang ‘alim yang
bermadzhab Syafi’i, mempunyai perhatian khusus dalam menyebarkan al ‘Aqidah
as-Sunniyyah. Beliau memerintahkan para muadzdzin untuk mengumandangkan al
‘Aqidah as-Sunniyyah di waktu tasbih (sebelum adzan shubuh) pada setiap malam
di Mesir, seluruh negara Syam (Syiria, Yordania, Palestina dan Lebanon),
Mekkah, Madinah, dan Yaman sebagaimana dikemukakan oleh al Hafizh as-Suyuthi (W
911 H) dalam al Wasa-il ila Musamarah al Awa-il dan lainnya. Sebagaimana banyak
terdapat buku-buku yang telah dikarang dalam menjelaskan al ‘Aqidah
as-Sunniyyah dan senantiasa penulisan itu terus berlangsung. Kita memohon
kepada Allah semoga kita meninggal dunia dengan membawa aqidah Ahlissunah Wal
Jamaah yang merupakan aqidah para nabi dan rasul Allah. Amin.
PANDANGAN JUMHUR ULAMA TENTANG
AQIDAH ASY’ARIYYAH; AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH
As-Subki dalam Thabaqatnya berkata:
“Ketahuilah bahwa Abu al-Hasan al-Asy’ari tidak membawa ajaran baru atau
madzhab baru, beliau hanya menegaskan kembali madzhab salaf, menghidupkan
ajaran-ajaran sahabat Rasulullah. Penisbatan nama kepadanya kerana beliau
konsisten dalam berpegang teguh ajaran salaf, hujjah (argumentasi) yang beliau
gunakan sebagai landasan kebenaran aqidahnya juga tidak keluar dari apa yang
menjadi hujjah para pendahulunya, kerananya para pengikutnya kemudian disebut
Asy’ariyyah. Abu al-Hasan al-Asy’ari bukanlah ulama yang pertama kali berbicara
tentang Ahlussunnah wal Jama’ah, ulama-ulama sebelumya juga banyak berbicara
tentang Ahlussunnah wal Jama’ah. Beliau hanya lebih memperkuat ajaran salaf itu
dengan argumen-argumen yang kuat. Bukankah penduduk kota Madinah banyak
dinisbatkan kepada Imam Malik, dan pengikutnya disebut al Maliki. Ini bukan
berarti Imam Malik membawa ajaran baru yang sama sekali tidak ada pada para
ulama sebelumnya, melainkan karena Imam Malik menjelaskan ajaran-ajaran lama
dengan penjelasan yang lebih terang, jelas dan sistematis demikian juga yang
dilakukan oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari”.
Habib Abdullah ibn Alawi al-Haddad
menegaskan bahwa “kelompok yang benar adalah kelompok Asy’ariyah yang
dinisbatkan kepada Imam Asy’ari. Aqidahnya juga aqidah para sahabat dan
tabi’in, aqidah ahlul haqq dalam setiap masa dan tempat, aqidahnya juga menjadi
aqidah kaum sufi sejati. Hal ini sebagaimana diceritakan oleh Imam Abul Qasim
al-Qusyayri. Dan Alhamdulillah aqidahnya juga menjadi aqidah kami dan
saudara-saudara kami dari kalangan habaib yang dikenal dengan keluarga Abu
Alawi, juga aqidah para pendahulu kita. Kemudian beliau melantunkan satu bait
sya’ir:
وكن أشعريا في اعتقادك إنه هو المنهل
الصافي عن الزيغ والكفر “Jadilah pengikut al Asy’ari dalam aqidahmu, karena ajarannya
adalah sumber yangbersih dari kesesatan dan kekufuran”.
Ibnu ‘Abidin al Hanafi mengatakan
dalam Hasyiyah Radd al Muhtar ‘ala ad-Durr al Mukhtar : “Ahlussunnah Wal
Jama’ah adalah al Asya’irah dan al Maturidiyyah”. Dalam kitab ‘Uqud al Almas al
Habib Abdullah Alaydrus al Akbar mengatakan : “Aqidahku adalah aqidah
Asy’ariyyah Hasyimiyyah Syar’iyyah sebagaimana Aqidah para ulama madzhab
syafi’i dan Kaum Ahlussunnah Shufiyyah”. Bahkan jauh sebelum mereka ini Al-Imam
al ‘Izz ibn Abd as-Salam mengemukakan bahawa aqidah al Asy’ariyyah disepakati
oleh kalangan pengikut madzhab Syafi’i, madzhab Maliki, madzhab Hanafi dan
orang-orang utama dari madzhab Hanbali (Fudlala al-Hanabilah). Apa yang
dikemukakan oleh al ‘Izz ibn Abd as-Salam ini disetujui oleh para ulama di
masanya, seperti Abu ‘Amr Ibn al Hajib (pimpinan ulama Madzhab Maliki di masanya),
Jamaluddin al Hushayri pimpinan ulama Madzhab Hanafi di masanya, juga disetujui
oleh al Imam at-Taqiyy as-Subki sebagaimana dinukil oleh putranya Tajuddin
as-Subki.
GARIS PANDUAN AQIDAH ASY’ARIYYAH
Secara garis besar aqidah asy’ari
yang juga merupakan aqidah ahlussunnah wal jama’ah adalah meyakini bahwa Allah
ta’ala maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, Allah bukanlah benda yang boleh
digambarkan, dan juga bukan benda yang berbentuk dan berukuran. Allah tidak
serupa dengan sesuatupun dari makhluk-Nya (laysa kamitslihi syai’). Allah ada
dan tidak ada permulaan atau penghabisan bagi kewujudan-Nya, Allah maha kuasa
dan tidak ada yang melemahkan-Nya, serta Allah tidak diliputi arah. Allah ada
sebelum menciptakan tempat tanpa tempat, Allah wujud setelah menciptakan tempat
dan tanpa bertempat. tidak boleh ditanyakan tentangnya bila, dimana dan
bagaimana ada-Nya. Allah ada tanpa terikat oleh masa dan tempat. Maha suci
Allah dari bentuk (batasan), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar
dan anggota badan yang kecil. Allah tidak diliputi satu arah atau enam arah
penjuru. Allah tidak seperti makhluk-Nya. Allah maha suci dari duduk,
bersentuhan, bersemayam, menyatu dengan makhluk-Nya, berpindah-pindah dan
sifat-sifat makhluk lainnya. Allah tidak terjangkau oleh fikiran dan tidak
terbayang dalam ingatan, kerana apapun yang terbayang dalam benakmu maka Allah
tidak seperti itu. Allah maha hidup, maha mengetahui, maha kuasa, maha
mendengar dan maha melihat. Allah berbicara dengan kalam-Nya yang azali
sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain juga azali, kerana Allah berbeza dengan
semua makhluk-Nya dalam dzat, sifat dan perbuatan-Nya. Barang siapa menyifati
Allah dengan sifat makhluknya sungguh dia telah kafir. Allah yang telah
menciptakan makhluk dan perbuatan-perbuatan-Nya, Alah juga yang menentukan
rezeki dan ajal mereka. Tidak ada yang boleh menolak ketentuan-Nya dan tidak
ada yang boleh menghalangi pemberian-Nya. Allah berbuat dalam kerajaan-Nya ini
apa yang Allah kehendaki. Allah tidak ditanya perihal perbuatan-Nya melainkan
hamba-Nyalah yang akan diminta dipertanggungjawakan atas segala perbuatan-Nya.
Apa yang Allah kehendaki pasti terlaksana dan yang tidak Allah kehendaki tidak
akan terjadi. Allah bersifat dengan kesempurnaan yang pantas bagi-Nya dan Allah
maha suci dari segala bentuk kekurangan. Nabi Muhammad adalah penutup para nabi
dan penghulu para rasul. Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah ke muka bumi ini
untuk semua penduduk bumi, jin maupun manusia. Nabi Muhammad jujur dalam setiap
apa yang disampaikannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar